Umrah Mampu Safwa

from MYR4990 for 1 Pax

Accomodation   Flight      Add to My Travel Planner

SHAHMIE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika A U20/A, TSB Commercial Centre, Sungai Buloh

40160 Selangor Malaysia

KKKP No. :  7301

MATTA Member No. :  MA4450

View agent's site

Overview:
  •  Duration: 11D 9N

  •  Minimum Pax: 1

  •  Package Code: UMRAH002

Travel Details:
  •  Destination: Makkah, Saudi Arabia

  •  Tour Start: Kuala Lumpur, Malaysia

Accomodation   Flight  

Tour's Program


*Pada setiap Jumaat jemaah dinasihatkan untuk ke Masjidil Haram selewat lewatanya 10 Pagi untuk mengelakkan kesesakan di dalam Masjid.


Tarikh Perlepasan Musim Biasa :


09 JAN | 16 JAN | 23 JAN | 06 FEB | 13 FEB | 20 FEB | 12 MAR | 19 MAR | 26 MAR | 02 APR | 09 APR | 16 APR | 03 SEP | 10 SEP | 17 SEP | 24 SEP | 01 OCT | 08 OCT | 15 OCT | 22 OCT | 29 OCT | 05 NOV | 12 NOV

Day 1 :   KUALA LUMPUR – SHJ - JEDDAH - MADINAH

Berkumpul di KLIA1 (4JAM) sebelum perlepasan ke SHJ dan terus ke Jeddah, Selesai urusan Imigresen bertolak ke Hotel Madinah, daftar masuk dan rehat.

Day 2 :   MADINAH (Ziarah Luar)

Solat Subuh, jemaah akan di bawa Ziarah Masjid Quba, Jabal, Pasar Kurma dan Jabal Uhud. Jemaah hanya dibawa melintasi Masjid Qiblatandan Masjid Perang Khandaq. Pulang ke Hotel dan jadual bebas.

Day 3 :   MADINAH (Ziarah Dalam)

Solat Subuh. Jemaah dibawa oleh Mutawwif menziarahi sekitar Masjid Nabawi.

Day 4 :   MADINAH

Jadual bebas, jemaah di nasihatkan untuk berikhtikaf di Masjid Nabawi dan memperbanyakkan ibadah.

Day 5 :   MADINAH – MEKAH

Solat subuh. Sebelum keluar untuk Solat Zohor jemaah dinasihatkan untuk meletakkan Beg di luar pintu Hotel. Ziarah Wida’ dan Solat Jamak takdim Zohor Asar di Masjid, bertolak ke Makkah dan Miqat Bir Ali. Setibanya di Makkah, daftar masuk ke Hotel serta berehat sebelum menunaikan ibadah Umrah.

Day 6 :   MEKAH

Jadual bebas, jemaah di nasihatkan untuk berikhtikaf di Masjid dan memperbanyakkan Ibadah.

Day 7 :   MEKAH 

Solat Subuh, berkumpul di Lobi untuk Ziarah Mekah yang merangkumi Ziarah Jabal Tsur, Arafah, Mina dan juga berMiqat di Masjid Ja’ranah serta merentasi Jabal Nur sebelum pulang ke Hotel dan mengerjakan Umrah bagi yang telah berMiqat Umrah.

Day 8 :    MEKAH

Jadual bebas, jemaah di nasihatkan untuk berikhtikaf di Masjid dan memperbanyakkan Ibadah.

Day 9 :    MEKAH

Solat Subuh, berkumpul di Lobi untuk Ziarah Mekah yang merangkumi Ziarah tempat perjanjian Hudaibiyah dan juga Masjid Hudaibiyah untuk BerMiqat Umrah serta pulang ke Hotel dan mengerjakan Umrah bagi yang telah BerMiqat Umrah.

Day 10 :    MEKAH – JEDDAH – SHJ - KUALA LUMPUR

Solat Subuh. Sebelum keluar jemaah dinasihatkan untuk meletakkan Beg diluar pintu Hotel. Mutawwif akan membawa jemaah untuk menunaikan Tawaf Wida’ di Masjidil Haram seterusnya pulang ke Hotel serta bertolak ke Jeddah serta proses daftar masuk Pesawat dan berlepas pulang ke Tanah Air.

Day 11 :    KUALA LUMPUR

Jemaah dijangka tiba di Tanah Air serta kami mendoakan agar Ibadat Umrah anda adalah Umrah yang mabrur.

  1. Tiket Penerbangan Pergi & Balik (AirArabia @ setaraf)
  2. Penginapan 9 malam (4 malam Madinah + 5 malam Mekah) ✓ Pengurusan Visa Umrah Dan Kursus Umrah
  3. Penginapan, Makan, Minum (FB) di Hotel Madinah
  4. Makanan didalam Pesawat
  5. Insuran berkelompok
  6. Ziarah Berinformasi di Tanah Suci
  7. Mutawwifah ziarah Raudhah (Jemaah Muslimah) ✓ Umrah 3 kali bersama Mutawwif
  8. Porterage Hotel
  9. Air Zam Zam 5 Liter
  10. ‘Sling Bag’ & Sarung bagasi

  1. Wang Perbelanjaan
  2. Khidmat Troli di Airport
  3. Makan & Minum di Hotel Mekah
  4. Perkhidmatan Menolak Kerusi Roda
  5. Tambahan Caj Visa Bagi Jemaah Bukan Warganegara Malaysia  Sebarang caj tambahan dokumen visa umrah
  6. Lebihan bagasi
  7. Laundry
  8. Mini Bar
  9. Ziarah Tambahan
  10. Lain-Lain Yang Tidak Dinyatakan

Prosedur Tempahan & Terma Bayaran:

  • Mengisi borang tempahan beserta tandatangan dan menyerahkan kembali ke pejabat atau e-mel kepada umrah@shahmietravel.com.my
  • Bayaran deposit pertama RM500.00 seorang diperlukan semasa membuat tempahan.
  • Bayaran deposit kedua RM1000.00 seorang hendaklah dijelaskan 90 hari sebelum tarikh penerbangan.
  • Baki ATAU bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya kami tidak menerima bayaran penuh
  • dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Shahmie Travel & Tours berhak membatalkan tempahan dan semua bayaran deposit tidak akan
  • dikembalikan.
  • Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai / Deposit Tunai / ‘Online Transfer’ ke akaun bank berikut:

Nama Akaun Nama Bank Nombor Akaun

: SHAHMIE TRAVEL & TOURS SDN BHD : MAYBANK (TTDI BRANCH)
: 5642 7651 2763

  • Sila lampirkan atau e-mel slip bayaran setelah pembayaran dibuat.
  • Bayaran secara kad kredit diterima dengan caj 2% akan dikenakan daripada jumlah bayaran yang dibuat.
  • Terma Perubahan & Pembatalan:
  • Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan secara bertulis tentang sebarang perubahan dan pembatalan. Notis perubahan dan pembatalan akan dianggap telah diterima selepas pengesahan dari Shahmie Travel & Tours.
  • Sebarang perubahan kali pertama dibenarkan tanpa sebarang caj dan Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 90 hari dari tarikh pelepasan asal. Shahmie Travel juga hendaklah dimaklumkan tentang perubahan baru tersebut dalam tempoh 07 hari selepas notis perubahan dibuat.
  • Sekiranya berlaku perubahan kali kedua, tempahan akan dianggap terbatal dan deposit tidak akan dikembalikan serta hangus.
  • Sekiranya tempahan yang disahkan dibatalkan sepenuhnya / sebahagiannya oleh peserta, caj pembatalan akan dikenakan seperti berikut:

91 hari & keatas sebelum tarikh pelepasan 61 – 90 hari sebelum tarikh pelepasan
31 – 60 hari sebelum tarikh pelepasan
30 hari sebelum tarikh pelepasan

: Pengembalian deposit dan tertakluk kepada caj pentadbiran RM200/pax : Deposit pertama tidak dikembalikan dan hangus
: Semua deposit tidak dikembalikan dan hangus
: Caj 100% dari harga pakej

• Sekiranya peserta “No Show”, tiada bayaran balik sepenuhnya atau sebahagiannya akan diberikan untuk perkhidmatan dalam program yang tidak digunakan.

Related Package(s)

from Shahmie Travel & Tours Sdn. Bhd.

from other travel agents with similar destination

  • Travel package(s) not available.