Umrah Rindu Haramain

from MYR5290 for 1 Pax

Accomodation   Flight   Airport Transfer      Add to My Travel Planner

SHAHMIE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika A U20/A, TSB Commercial Centre, Sungai Buloh

40160 Selangor Malaysia

KKKP No. :  7301

MATTA Member No. :  MA4450

View agent's site

Overview:
  •  Duration: 22D 20N

  •  Minimum Pax: 1

  •  Package Code: UMRAH001

Travel Details:
  •  Destination: Makkah, Saudi Arabia

  •  Tour Start: Kuala Lumpur, Malaysia

Accomodation   Flight   Airport Transfer  

Tour's Program

  • Pakej Tour : sales@shahmietravel.com.my
  • Pakej Umrah : umrah@shahmietravel.com.my

Tarikh Penerbangan:
11 Jan - 31 Jan
5 Feb - 25 Feb
8 Mar - 28 Mar
1 Apr - 21 Apr 

Day 1 :   KUALA LUMPUR – SHJ - JEDDAH - MADINAH

Berkumpul di KLIA1 (4JAM) sebelum perlepasan ke SHJ dan terus ke Jeddah, Selesai urusan Imigresen bertolak ke Hotel Madinah, daftar masuk dan rehat.

Day 2 :     MADINAH (Ziarah Dalam)

Solat Subuh. Jemaah dibawa oleh Mutawwif menziarahi sekitar Masjid Nabawi, antaranya perkuburan Baqi serta Taman Saqeefah. Ziarah Raudah (bagi Jemaah Muslimah)

Day 3 :    MADINAH

Jadual bebas, jemaah di nasihatkan untuk berikhtikaf di Masjid Nabawi dan memperbanyakkan ibadah.

Day 4 :    MADINAH (Ziarah Luar)

Solat Subuh, jemaah akan di bawa Ziarah Masjid Quba, Jabal, Pasar Kurma dan Jabal Uhud. Jemaah hanya dibawa melintasi Masjid Qiblatandan Masjid Perang Khandaq. Pulang ke Hotel dan jadual bebas.

Day 5 :    MADINAH HARI 5 - 7

Jadual bebas, jemaah di nasihatkan untuk berikhtikaf di Masjid Nabawi dan memperbanyakkan ibadah.

Day 6 :    

 

Day 7 :    

 

Day 8 :    MADINAH

Tazkirah & Taklimat ke Mekah. Jadual bebas.

Day 9 :    MADINAH – MEKAH (Program Umrah)

Solat subuh. Sebelum keluar untuk Solat Zohor jemaah dinasihatkan untuk meletakkan Beg di luar pintu Hotel. Ziarah Wida’ dan Solat Jamak takdim Zohor Asar di Masjid, bertolak ke Makkah dan Miqat Bir Ali. Setibanya di Makkah, daftar masuk ke Hotel serta berehat sebelum menunaikan ibadah Umrah.

Day 10 :    MEKAH HARI 10 DAN 11

Jadual bebas, jemaah di nasihatkan untuk berikhtikaf di Masjid dan memperbanyakkan Ibadah.

Day 11 :    

 

Day 12 :    

 

Day 13 :    

 

Day 14 :    

 

Day 15 :    

 

Day 16 :    

 

Day 17 :    

 

Day 18 :    

 

Day 19 :    

 

Day 20 :    

 

Day 21 :    

 

Day 22 :    

 


✓ Tiket Penerbangan Pergi & Balik (AirArabia @ setaraf)
✓ Penginapan 20 malam (8 malam Madinah + 12 malam Mekah) 
✓ Pengurusan Visa Umrah Dan Kursus Umrah
✓ Mutawwif Malaysia
✓ Mutawwifah ziarah Raudhah (Jemaah Muslimah)
✓ Makanan didalam Pesawat
✓ Insuran Takaful berkelompok
✓ Ziarah Berinformasi di Tanah Suci
✓ Buku panduan umrah
✓ Umrah 3 kali bersama Mutawwif
✓ Porterage Hotel
✓ Air Zam Zam 5 Liter
✓ ‘Sling Bag’ & Sarung bagasi



 Wang Perbelanjaan
 Khidmat Troli di Airport
 Makan & Minum di Hotel Mekah dan Madinah
 Perkhidmatan Menolak Kerusi Roda
 Tambahan Caj Visa Bagi Jemaah Bukan Warganegara Malaysia  Sebarang caj tambahan dokumen visa umrah
 Lebihan bagasi
 Laundry
 Mini Bar
 Ziarah Tambahan
 Lain-Lain Yang Tidak Dinyatakan

1.0 PROSEDUR TEMPAHAN

1.1 Mengisi borang tempahan beserta tandatangan dan menyerahkan kembali ke pejabat atau secara e-mel kepada:

Pakej Tour : sales@shahmietravel.com.my
Pakej Umrah : umrah@shahmietravel.com.my

1.2 Semua dokumen berkaitan perjalanan hendaklah diserahkan kepada pihak Shahmie Travel & Tours selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh perlepasan.

2.0 TERMA BAYARAN

2.1 Pakej Tour (Persendirian)

2.1.1 Deposit ATAU bayaran penuh diperlukan tertakluk kepada terma bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengendali selepas menerima pengesahan tempahan.

2.2 Pakej Tour (Berkumpulan)

2.2.1 Bayaran deposit RM500.00 seorang diperlukan semasa membuat tempahan.

2.3 Pakej Umrah

2.3.1 Bayaran deposit pertama RM500.00 seorang diperlukan semasa membuat tempahan.
2.3.2 Bayaran deposit kedua RM1,000.00 seorang hendaklah dijelaskan 90 hari sebelum tarikh penerbangan.

2.4 Baki ATAU bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya kami tidak menerima bayaran penuh dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Shahmie Travel & Tours berhak membatalkan tempahan dan bayaran deposit tidak akan dikembalikan serta hangus.
2.5 Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai / Deposit Tunai / ‘Online Transfer’ ke akaun bank berikut:

Nama Akaun : SHAHMIE TRAVEL & TOURS SDN BHD
Nama Bank : MAYBANK (TTDI BRANCH)
Nombor Akaun : 5642 7651 2763

2.6 Sila lampirkan atau e-mel slip bayaran setelah pembayaran dibuat.
2.7 Bayaran secara kad kredit / debit diterima dengan caj 2% akan dikenakan daripada jumlah bayaran yang dibuat.

3.0 TERMA PERUBAHAN, PEMBATALAN, DAN & “NO SHOW”

3.1 Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan secara bertulis tentang sebarang perubahan dan pembatalan. Notis perubahan dan pembatalan akan dianggap telah diterima selepas pengesahan dari Shahmie Travel & Tours.
3.2 Pakej Tour (Persendirian)

3.2.1 Sebarang perubahan tidak dibenarkan selepas menerima pengesahan tempahan daripada pihak pengendali. Sekiranya berlaku perubahan, tempahan akan dianggap terbatal dan semua bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan serta hangus.

3.3 Pakej Tour (Berkumpulan)

3.3.1 Sebarang perubahan kali pertama dibenarkan tanpa sebarang caj dan Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 61 hari dari tarikh pelepasan asal. Shahmie Travel juga hendaklah dimaklumkan tentang perubahan baru tersebut dalam tempoh 14 hari selepas notis perubahan dibuat.

3.4 Pakej Umrah

3.4.1 Sebarang perubahan kali pertama dibenarkan tanpa sebarang caj dan Shahmie Travel & Tours mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 91 hari dari tarikh pelepasan asal. Shahmie Travel juga hendaklah dimaklumkan tentang perubahan baru tersebut dalam tempoh 07 hari selepas notis perubahan dibuat.

3.5 Sekiranya berlaku perubahan kali kedua, tempahan akan dianggap terbatal dan deposit tidak akan dikembalikan serta hangus.
3.6 Sekiranya tempahan yang disahkan dibatalkan sepenuhnya / sebahagiannya oleh peserta, caj pembatalan akan dikenakan seperti berikut:
3.6.1 Pakej Tour (Berkumpulan)

61 hari sebelum tarikh perlepasan Pengembalian deposit dan tertakluk kepada caj pentadbiran RM200/pax
31 – 60 hari sebelum tarikh perlepasan Deposit tidak dikembalikan dan hangus
30 hari sebelum tarikh perlepasan Caj 100% dari harga pakej

3.6.2 Pakej Umrah

91 hari sebelum tarikh perlepasan Pengembalian deposit dan tertakluk kepada caj pentadbiran RM200/pax
61 – 90 hari sebelum tarikh perlepasan Deposit pertama tidak dikembalikan dan hangus
31 – 60 hari sebelum tarikh perlepasan Semua deposit tidak dikembalikan dan hangus
30 hari sebelum tarikh perlepasan Caj 100% dari harga pakej

3.7 Sekiranya peserta “No Show”, tiada bayaran balik sepenuhnya atau sebahagiannya akan diberikan untuk perkhidmatan dalam program yang tidak digunakan.

Related Package(s)

from Shahmie Travel & Tours Sdn. Bhd.

from other travel agents with similar destination

  • Travel package(s) not available.