Eropah

London-Brussels-Swiss-Paris-Amsterdam

from MYR6999 for 1 Pax

Accomodation      Add to My Travel Planner

ISMA HOLIDAY SDN BHD

No.24A, Jalan Rebana, Kebun Teh Taman Perbadanan Islam

80200 Johor Malaysia

KKKP No. :  8310

MATTA Member No. :  MA5308

Overview:
  •  Duration: 10D 9N

  •  Minimum Pax: 1

  •  Package Code: ISMA001EU

Travel Details:
  •  Destination: United Kingdom, France, Netherlands The, Belgium, Switzerland

  •  Tour Start: Kuala Lumpur, Malaysia

Accomodation  

Tour's Program

PAKEJ EROPAH 5 NEGARA 10 HARI 7 MALAM

London I France I Amsterdam I Belgium I Switzerland


 

Day 1 :   MALAYSIA (Transit bergantung kepada jenis penerbangan)

Bertolak dari KLIA ke London.

Day 2 :   London

Semasa ketibaan, anda akan bertemu pemandu pelancong anda di lapangan terbang London. Kita akan memulakan perjalanan kita dengan melawat Panoramic City Tour of London. Permulaan pelancongan akan mengetengahkan London Eye, Big Ben, House of Parliament, Buckingham Palace, Tower Bridge, dan untuk menamatkan hari petang membeli -belah di Oxford Street. Kita kemudian akan tinggal di London Hotel. Makan malam dihidangkan semasa tiba di hotel. 

Day 3 :   LONDON - ANTWERP

Selepas sarapan pagi, bas kami akan mengambil anda untuk bergerak dari London ke Folestone atau Dover, Untuk melintas ke Calais dengan menggunakan Eurotunnel LE Shuttle atau feri. Sesampainya di Calais (France) kita kena bergerak ke Antwerp, menyambung perjalanan kita ke hotel untuk daftar masuk. Makan malam akan disediakan sebaik sampai di Hotel.


Info: (Pemilihan shuttle atau feri bergantung kepada pihak agent disana.

Day 4 :   ANTWERP - AMSTERDAM

Jika melawat sewaktu musim bunga, inilah peluang anda untuk melawat Garden of Europe, Keukenhof. (April dan May sahaja) Pelbagai warna tulip boleh didapati di sini. Kita akan menghabiskan beberapa jam di sana sebelum berpindah ke lokasi kami seterusnya di mana anda boleh mencari mercu tanda terkenal Belanda iaitu kincir angin di Zaaanse Schans. Seterusnya, melihat demonstasi pembuatan keju traditional dan belajar tentang bagaimana kasut -the clog- dibuat, kita akan melawat pelabuhan Volendam. Volendam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang cukup terkenal dengan ciri-cirinya, rumah aunthetic dan anda boleh ambil peluang untuk merasai makanan laut yang lazat dan membeli cenderamata di kedai-kedai berdekatan. Pada waktu petang kita akan meneruskan perjalanan ke hotel dan makan malam akan diberikan di sini.


Info: (Keukenhof Tulip Season pada bulan april & minggu terakhir pada bulan may sahaja. Sekiranya pergi bukan pada musim tulip, kita akan tukar tempat lawatan ke Volendam dan Clog Cheese Factory.


Info: (Keukenhof Tulip Season pada bulan april & minggu terakhir pada bulan may sahaja. Sekiranya pergi bukan pada musim tulip, kita akan tukar tempat lawatan ke Volendam dan Clog Cheese Factory.

Day 5 :    AMSTERDAM – BRUSSELS

Bergerak ke Brussels, Belgium dan melawat tempat yang dikenali sebagai The Capital Europe. Kita akan melawat salah satu landmarks yang terkenal di ibukota eropah iaitu The Atomium. The Atomium ialah pavilion utama dan merupakan ikon kepada The World Fair of Brussels (1958). Pastikan camera atau telefon anda dicas sepenuhnya untuk merakam detik-detik indah disini. Seterusnya, kita akan melawat Mini Eropah yang terletak di kaki Atomium , taman di mana anda boleh menikmati miniature kota Eropah. Kemudian kita akan melawat bandar Brussels dimana kita akan pergi ke Grand Palace dan berkesempatan untuk merasai coklat dan waffles Belgium. Anda boleh membeli coklat untuk dijadikan buah tangan di sini. Bergerak ke hotel dan makan malam disediakan. 

Day 6 :    BRUSSELS - SWITZELAND

Selepas sarapan pagi, kita akan bergerak ke Switzerland. Bungkusan makanan halal akan disajikan sesampainya di hotel berdekatan Sempadan Switzerland.

Day 7 :    SWITZELAND

Melihat keindahan gunung-ganang yang dikenali sebagai Alps. Kami akan membawa anda menaiki gunung menggunakan cable car dan diikuti dengan menaiki mountain train ke Gunung Titlis. Kemudian kita akan ke kota Swiss yang terkenal di Interlaken. Di sini kita boleh membeli pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang. Bungkusan makanan halal di sediakan sesampaikan di hotel.


Nota: Kita kan melawat gunung Titlis dan Lucerne semasa musim bunga dan panas, untuk musim sejuk , jika bersalji di Murren kita akan ke Murren dan Interlanken.

Day 8 :    SWITZELAND - PARIS

Bersarapan di hotel. Memandu terus ke Paris dan terus ke hotel. Makanan halal disedakan sesampai di hotel.

Day 9 :    PARIS (transit bergantung kepada jenis penerbangan)

Malawat bandar Paris`The CIty of LIghts and Love’. Pada waktu pagi, kita akan melawat menara Eiffels yang menjadi lambang kota Paris. Seterusnya, kita akan meneruskan lawatan ke Cathedral Notre Dame, yang mana disini anda akan temui banyak restoran makanan halal untuk anda makan tengahari. Setelah itu, anda akan dapat membeli belah di salah satu tempat membeli belah terkemuka di dania iaitu The Champs Ellysees. The Arch de Triumps juga terletak di sini. Di penghujung hari, kita akan bergerak ke Paris CDG Airport dan mengucapkan selamat tinggal kepada perjalanan di eropah.

Day 10 :    PARIS AIRPORT (Transit bergantung kepada jenis penerbangan)

Tiba di KLIA.

  •  Tiket Penerbangan. (Transit - Bergantung Pada Jenis Penerbangan).
  •  Bagasi. (23kg - 35kg). Bergantung Pada Jenis Penerbangan).
  • Makanan Dalam Pesawat.
  • Half Board: Sarapan Pagi & Makan Malam.
  • Air Mineral / Hari / Pax.
  • Dibimbing Oleh Pemandu Pelancong (English) Dari Awal Hingga Akhir Program.
  • Pengangkutan Sepanjang Perjalanan.
  • Penginapan Hotel (3 bintang).

  • Tipping RM285 Setiap Orang Sepanjang Perjalanan.
  • Insurans Perjalanan (Pilihan). RM90 Seorang Sekiranya Ambil Dengan Kami.
  • Makan Tengahari.
  • Semua Yang Tidak Dinyatakan.

1. Caj Tambahan :

1.1)    Tipping adalah bayaran untuk Guide dan Driver.

1.2)     Insuran perjalanan tidak termasuk dalam pakej lawatan. Peserta digalakkan mengambil insuran      perjalanan dengan mana-mana ejen insuran. Pihak kami juga boleh menguruskan insuran. (Harga     mengikut jenis pakej dan destinasi yang diambil).

1.3)    Tiket bayaran masuk tempat lawatan tidak termasuk didalam pakej, kecuali yang telah dinyatakan.     (Bayaran masuk adalah pilihan peserta).

 

2. Pengangjutan :

2.1)    Pergerakan peserta dari satu destinasi ke satu destinasi adalah dengan menaiki bas, mini bas, van dan     lain-lain bergantung pada trip.

2.2)    Jenis Airlines bergantung pada keadaan semasa yang bersesuaian dengan harga pakej. Sebarang     perubahan pihak kami akan maklumkan kemudian. (Mahan Air, Oman Air, Air Asia, Saudi Air, Qatar     Airways, Malaysia Airlines dll).

 

3. Penukaran Pakej :

3.1)    Penukaran pakej hanya sekali sahaja dibenarkan. Penukaran berikutnya akan dikenakan caj sebanyak     RM300 seorang. (tidak kurang 60 hari dari tarikh trip).

3.2)    Jika tiket penerbangan telah dibeli, kos nilai tiket perlu ditanggung oleh peserta 100%.

 

4. Pembatalan :

4.1)    Sebarang pembatalan atau petukaran pakej hendaklah secara bertulis sahaja.

4.2)     Kadar caj pembatalan:

 

PEMBATALAN DITERIMA

100 hari sebelum trip dan keatas : RM500 seorang.

90 hari sebelum trip dan keatas : 30% seorang dari harga pakej.

60 hari sebelum trip dan keatas : 50% seorang dari harga pakej.

45 hari sebelum trip dan keatas : 100% seorang dari harga pakej.

 

4.3)    Jika pihak kami sendiri yang membuat pembatalan trip atas sebab-sebab tertentu (keselamatan /     darurat setelah disahkan oleh kedutaan negara yang dilawati) atau syarikat penerbangan menangguh     waktu perjalanan, kami akan berikan 2 pilihan (setelah berbincang dengan syarikat penerbangan)     iaitu samada tarikh lawatan ditunda atau menukar tempat lawatan **dengan menggunakan     penerbangan yang sama**. Jika peserta tidak mahu mengikut pilihan yang kami berikan, bayaran     tidak dapat dipulangkan.

 

5. Kesihatan :

5.1)    Peserta perlu memaklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu sekiranya mempunyai masalah     kesihatan.

5.2)    Peserta yang mempunyai masalah kesihatan seperti jantung / asma / kronik / mengandung dll diminta     untuk mendapatkan surat pengesahan dari doktor untuk mengesahkan bahawa peserta dibenarkan     untuk menaiki kapal terbang dan membawa ubat-ubatan yang sesuai dan mencukupi. 

5.3)    Peserta yang menggunakan kerusi roda / tongkat mohon maklumkan awal kepada pihak kami yang     bertugas untuk memudahkan urusan disana nanti.


 

6. Jadual Perjalanan : 

6.1)    Jadual perjalanan yang dilampirkan adalah “general/standard” jadual sahaja. Jika terdapat sebarang     perubahan dari segi masa dan sebagainya, pihak kami akan maklumkan kemudian.

6.2)    Pihak kami berhak untuk menjadualkan semula atau tukar tempat lawatan atau langkau tempat     lawatan bergantung kepada keadaan semasa, samada dari segi cuaca, kesesakan lalu lintas, perkara-    perkara yang berlaku diluar jangkaan dan sebarang perayaan semasa lawatan. Kelewatan para     peserta juga boleh mengakibatkan perubahan jadual perjalanan. Perserta harus menepati segala     peraturan yang telah ditetapkan di tempat lawatan.

 

7. Persiapan Akhir :

7.1)    Setiap peserta yang akan mengikuti trip kami perlu memastikan tidak mempunyai sebarang blacklist /     sekatan dari segi income tax, loan dll, untuk memastikan semua peserta tidak ketinggalan     penerbangan.

7.2)    Sila pastikan tempoh sah laku (validity / expired date) lebih dari 6 bulan dari tarikh perjalanan peserta.

7.3)    Bagi pemengang selain dari passport Malaysia, anda perlu rujuk di Jabatan Imigresen atau kedutaan     di negara masing-masing untuk memastikan visa diperlukan ataupun tidak.

7.4)    Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah semasa di Airport pada     kemudian hari akibat daripada perkara diatas.

 

8. Tuntutan :

8.1)    Urusan claim vat / tax untuk perbelanjaan sendiri dimana-mana pakej travel adalah urusan sendiri. Segala urusan dan kerugian pihak kami tidak bertanggungjawab.

8.2)    Sebarang tuntutan kerosakan perlu disertakan dengan laporan dari pihak polis atau airport.

 

9. Penginapan :

9.1)    Minima tempahan adalah 2 orang dewasa (1 bilik). Jika ada yang membuat tempahan seorang (single)     dan dalam tempoh 45 hari sebelum trip masih tiada partner / pasangan bilik, pihak kami berhak untuk     mengenakan caj tambahan RM 1500 seorang bagi bilik single. Sekiranya peserta enggan untuk     membayar caj tambahan, pihak kami berhak untuk membatalkan tempahan peserta tersebut tanpa     permulangan bayaran.

9.2)    Bilik hotel yang disediakan hanya bilik Twin dan Double bed sahaja. Extra bed bagi peserta ketiga     sekiranya peserta membuat tempahan bilik Triple.

Related Package(s)

from Isma Holiday Sdn Bhd

  • Travel package(s) not available.

from other travel agents with similar destination

  • Travel package(s) not available.